Kesederhanaan dapat memberi kedamaian dan berbaik sangka kepada Allah SWT tidak akan mengecewakan anda - Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Thursday, March 21, 2013

Bukan Sekali

Iya, bukan sekali cadangan itu diutarakan. Mungkin belum tiba masanya lagi. Benar dia seorang gadis yang amat menyenangkan hati. Berperibadi agak kelam kabut tetapi itulah keistimewaannya. Sejak pertama kali mengenalinya, sudah terserlah kenaifan dirinya. Setelah diselidik, ternyata hatinya masih belum dimiliki dan kerana itu, rakan mula galak mengaturkan jodoh. Haha! Semakin ramai yang ingin menjadi match maker. Enam tahun telah berlalu dan my heart is pounding again.


Monday, March 11, 2013

Andai...

Andai diberi pilihan, ingin saja membawa diri ke Bintulu. Biarpun jauh dari kampung halaman, tetapi mungkin lebih menenangkan. Itu satu kemungkinan yang belum pasti. Melarikan diri dari masalah bukanlah sifat yang terpuji. Mendengarkan kisah rakan sepejabat, ada kemungkinan nasib yang sama akan dihadapi hujung tahun ini. Dan itu satu lagi kemungkinan yang belum pasti.

"Nazrul, kadang-kadang aku rasa kenapa hidup kita ni macam serba tak kena, mungkin sebab kita tidak menjaga hubungan dengan Allah SWT."

"Haha. Itu bukan satu kemungkinan tetapi fakta. Ni, dah lewat baru kita nak turun gi solat. Hish..."

Fakta. Benar. Sahih.

Semakin lama terasa semakin jauh.
Semakin lama terasa semakin tenat.
Semakin lama terasa semakin sibuk.

Kalau dulu, telinga mudah menangkap laungan azan tetapi sekarang seolah-oleh telah ditulikan. Mungkin kerana sering sahaja tidak menyahut penggilan solat berjemaah. Asyik bertangguh-tangguh. Akhirnya terburu-buru mengejar waktu. Lalu segalanya serba kekurangan. Hubungan yang termateri sebelum ini, mulai renggang. Maka, keberkatan masa mula hilang daripada kehidupan. Ustaz pernah berpesan, kita sering mengatakan kita sibuk, tidak sempat dan sebagainya namun sebenarnya setiap orang diberikan 24 jam sehari. Yang berbeza adalah keberkatan.

Sibuk. Sibuk. Sibuk.

Tetapi di dalam setiap cabaran ada hikmahnya. Hati kini mula meronta mengharapkan rahmat daripada-Nya. Mungkin sengaja diberikan cabaran ini, agar kembali mengingati-Nya dan bukannya kesenangan yang bernama istiraj (betul tak istilah ni?). Rahmat Allah mengatasi segalanya dan semoga hati tidak pernah mati untuk menyedarinya.


Friday, February 15, 2013

Kucing

Jumlah kucing kat rumah makin bertambah. Bermula dengan seekor, kemudian bertambah menjadi tujuh ekor dan sekarang Tina beranak lagi awal February lepas. Tambah lagi empat ekor & abah dah cop nak bela anak Tina seekor - PJ (Puteh Junior). So, jom kenal dulu 5 ekor anak Tina yang sudahpun berusia 7 bulan.

Gary - Nama inspired by Kang Gary from Running Man. Si jantan. Karekter, agak blur & fobia dengan ketinggian. Kalau nampak binatang merayap or terbang, mesti mengiaw dulu. As if binatang tu akan serah diri kalau dengar teriakkan dia. Tapi selalu bawa balik "hadiah" dalam rumah.

Jimmy - At first ingatkan jantan tapi bila dah besar, betina rupanya. So, malas nak tukar nama dah. Kadang-kadang dipanggil Karpet sebab bulu lembut & tebal. Kadang-kadang dituduh anasir illuminati sebab ada segitiga kat hidung. Paling senang jatuh sakit and paling manja.

Haha - Paling kecik & pelik antara semua. Suka buat hal sendiri & kitorg selalu ugut nak buang kat jetty. Kasi Burma makan. Hehe. Btw, inipun betina gak.

Yeyeh - copycat Tina, dari segi perangai. Tiru semua perangai buruk Tina. Si jantan yang sampai sekarang still curi-curi menyusu bila Tina tengah menjamu selera.

Moki - kucing mak & boleh lepak dalam rumah tanpa sebarang masalah. Jarang kena marah sebab paling cantik. Bulu panjang, tebal & lembut. Tempat tidur mesti kena empuk. Pagi-pagi sibuk nak solat subuh sekali. Hahaha. Paling tak takut air & enjoy time kasi mandi. So, ugutan nak kasi air kalau buat perangai memang x berkesan. Betina gak.

Lagi empat ekor? Malas nak kasi nama sebab takut tersayang pulak nnt. Mak dah sound awal2 taknak bela yang baru ini. So tengok camna Abah nak convince Mak to keep lil PJ.

First 5 months tu agak challenging sebab nak train diorg supaya tak membuat "onar" di dalam rumah. Plus, tahun ini ada banyak plan. Takde orang nak jaga nanti.

Gary, Jimmy, Haha, Yeyeh (yang sedang menjilat) & Moki (tgh tido)


Thursday, January 31, 2013

Positive Mindset

Most employees loathe negative feedback. Being told that you’ve failed to meet expectations or that you’ve done something wrong at work can be a serious blow to the ego–especially if you’re used to the boss singing your praises. But criticism is an inevitable part of life in the office and you shouldn’t try to avoid it. Why? Because, as it turns out, it could be your key to success. 

Here are 8 tips for turning negative feedback into something positive:

  1. Own it and hone it. Accept the feedback and make any necessary changes. “Make a list of the action items that were delivered by the boss,” Nicolai says. “Jot down in a column the solution for each negative piece of feedback. This is your planning guide. Plan your work and work your plan.” Throughout the process you should be able to sharpen your skills, gain more knowledge, and become an overall better employee.
  2. Assume good intentions. Don’t automatically jump to the conclusion that the person criticizing you is “out to get you,” Kjerulf says. “Also remember that they’re criticizing your work, not you as a person. Never take negative feedback about your work as a criticism of you as a person.” Once you’re able to do this, it should be much easier to make positive changes.
  3. Use negative feedback as a chance to clarify expectations and goals around your position. “Be proactive about understanding your role,” Thorman says. Maybe you didn’t completely understand what was expected of you before. Now you do, and can make improvements accordingly.
  4. Treat negative feedback as an opportunity to bond with your manager, Thorman says. “Their job is to help you develop, while yours is to bring results. This is a prime opportunity to deepen your relationship.” Schedule regular meetings to discuss your progress and goals; and try to get to know your boss and understand what he or she values most in an employee.
  5. Use this as an opportunity to find a mentor or strengthen your relationships with co-workers. If you’re in a situation where you need help or support—this is a great time to build those relationships.
  6. Think of this as a time for self-reflection. Maybe your boss only mentioned one negative thing—but chances are, you’re not otherwise perfect. Use this opportunity to think about all the ways in which you can improve your behavior and attitude.
  7. This is your chance to show that you’re open to change and capable of growth. Negative feedback is a great opportunity to show your employer that you’re mature, cooperative, and able to make necessary changes. Ask questions, but try not to question your manager’s judgment; and show how willing you are to fix any problems.
  8. Remember that all constructive feedback (even negative feedback) is a sign of interest and a sign that people want to help you do better, Kjerulf says. “It would be far worse for people to notice you doing bad work, and not say a word.” If you’re successful in accepting the feedback and recognizing what it’s worth, you’ll be a much better employee.
You may read the full article from Forbes website.


Monday, December 17, 2012

50 sen...

Itu adalah harga yang tidak mampu dibayar oleh seorang jurutera ketika berurusan dengan sebuah klinik kerajaan. Jurutera tersebut perlu menjalani ujian HIV kerana bakal mendirikan rumah tangga dan melenting kepada petugas klinik apabila perlu membayar RM 1.

"Aik, kena bayar RM1? Kenapa saya perlu bayar RM1 ni? Awak tahu tak syarikat saya dah sumbangkan banyak kepada kerajaan dan sekarang ni saya perlu bayar lagi?"
"Tapi encik, ini prosedur biasa. Hanya RM1 sebagai caj perkhidmatan dan pihak kami perlu keluarkan resit."

Si jurutera terus membebel & meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Sudah, saya ada not RM50." sambil meletakkan duit RM50 di atas kaunter.
"Syiling pun takde ker encik?"
"Xde. kalau nak, 50 sen adalah."
"Takpe lah. Saya akan cukupkan jumlahnya nanti dengan duit saya. Encik perlu bayar 50 sen jer."
"OK"

Petugas mengambil 50 sen daripada purse dan keluarkan resit untuk jurutera tersebut.

Bila Bihah share this true story yesterday, at first rasa marah but after a while, I think maybe should not focus on the negative things only. I should take a lesson from that poor girl. Her monthly income is below RM1K or perhaps RM500 only since she does not has any qualification but I really adore her patience. Hopefully 50 sen tu menjadi saham akhirat terbesarnya dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. For the engineer, maybe he got something in his mind and accidentally being rude to that girl. Shift malam kut. That's why singgit pun berkira.


Monday, November 12, 2012

Faith & Happiness

When a human heart is full of faith, it sees a totally different world, where God's grace imparts reassurance and genuine happiness.

Every action a human being does or omits to do, indeed every breath a human being takes, is subject to God's will. What this means in practice is that every person should think and plan as they wish, but they must always remember to rely on God's help and guidance. They should realize that they only have the faculties of thinking and deliberation God has given them. This should not lead to laziness or disinterestedness. On the contrary, it should give us more strength, confidence, reassurance and resolve. Should events reveal that God's will has moved in a direction different to what we planned, we should accept this with contentedness and reassurance. We submit to God's will, because it is beyond our knowledge until God makes it known.



Saturday, June 16, 2012

Abdullah

Alhamdulillah, akhirnya buku terbaru nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berjaya dikhatamkan. Terasa agak lambat untuk menghabiskan pembacaan kali ini. Bukan kerana isinya yang bosan atau lesu tetapi kekangan masa yang membantutkan momentum pembacaan. Sekali lagi Ustaz Hasrizal berjaya membawa para pembaca menyelami isi hatinya dan membuatkan hati tertawan untuk berhijrah ke Ireland. Ewah! Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu, pelengkap kembara Rindu Pada Pohon Tin dan juga Secangkir Teh Pengubat Letih. Semakin jauh mennyusuri kehidupannya, semakin terasa di hati betapa sayangnya Allah SWT kepadanya. Betapa dekatnya beliau dengan rahmat Allah SWT. Liku-liku kehidupannya membentuk peribadinya, pemikirannya dan penulisannya. Akhirnya, berjaya memberikan teladan yang baik kepada diri yang sering lalai ini. Banyak pesanan yang dititipkan di dalam naskah terbaru beliau kali ini. Terpulang kepada kita untuk mencarinya dan mengamalkannya. 

Rejab, Syaaban dan akhirnya Ramadhan pun tiba. Nampaknya semua perancangan untuk meraikan Ramadhan tahun ini seperti tidak dimulakan lagi. Asyik menangguhkannya dari hari ke hari yang lain. Seolah-olah yakin yang esok masih ada. Masa semakin suntuk dan amalan masih lagi kurang dan masih belum sempurna. Masih belum menjadi Abdullah sejati. Terkesan dengan kuthbah Jumaat semalam. Terkesan dengan naskhah terbaru Ustaz Hasrizal. Perlu meraih kembali ketenangan yang pernah dirasai sebelum ini. Baiki kembali cermin iman yang tercalar supaya segala impian tercapai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...